PERINGATAN :

Komen TanpaNama (Anonymous) tidak dibenarkan. Sila letak nama samaran anda.


Monday 21 March 2016

Solidarity Buat Ust. Fakhrulrazi

Walaupun khabarnya Ust. Fakhrulrazi dalam grup JEBONESTA (pernah duduk sekejap dalam 4th Force) dan katanya tidak mahu dikaitkan dengan 4th Force, kami tetap menghormatinya dan kami di 4th Force tetap bersolidariti dengannya. Kami tidak tahu adakah JEBONESTA juga turut bersolidariti bagi Ust. Fakhrulrazi. Maaf kami tidak tahu.









Wednesday 24 February 2016

Perang Saudara Dalam UMNO

Mungkin ada yang belum tahu bahawa ada satu perang saudara telah dan sedang berlaku dalam UMNO. Ada yang kata perang saudara antara Team Najib Razak dengan Team Mahathir Mohamed. Ada pula yang kata perang saudara antara Team Najib Razak dengan Team Muhyiddin Yasin.

Tapi anda semua silap.

Kesemua pimpinan ini sebenarnya tidak bergaduh sesama mereka malah tidak pula sehingga mengakibatkan perang saudara didalam UMNO. Apa yang berlaku adalah adanya tiga puak kini didalam UMNO yang asyik bertelagah semenjak beberapa bulan yang lalu.

Tiga puak ini adalah puak facebooker / blogger pro UMNO yang masing-masing sibuk mempertahankan bos masing-masing.

Ada puak yang pro kepada Najib Razak dimana semua yang Najib Razak buat adalah betul.

Ada puak pula yang kontra kepada Najib Razak dimana semua yang Najib Razak buat dilihat memusnahkan UMNO dalam jangkamasa panjang.

Ada puak yang lain pula yang sedang menaikkan (mempromosi) Zahid Hamidi sebagai calon yang paling sesuai untuk menggantikan tempat Najib Razak.

Yang bestnya adalah kesemua yang berperang saudara ini dibiayai dengan dedak-dedak sumbangan pihak tertentu yang khabarnya cukup menggiurkan. Malah ada beberapa facebooker dan blogger terkenal ketiga-tiga puak ini yang berbangga dengan dedak yang mereka dapat bernilai cecah 5 angka sebulan lengkap dengan kemudahan lain.

Jika ini berterusan UMNO sebenarnya akan musnah dari dalam. Dan jika ianya tidak diambil tindakan proaktif dari pihak pembangkang maka tentunya mereka telah melepaskan peluang yang cukup terbaik.

Kita lihatlah sejauh mana mereka ini akan pergi.

Monday 22 February 2016

PANAS : Siapa Sponsor El Haraki dan TUC? (Episod 2)

Maaf kerana lambat update sambungan kepada Episod 1 iaitu isu PANAS : Siapa sponsor El Haraki dan TUC? Ianya berlaku kerana kesibukan kerja dan tugasan yang lain.

Bila kita meninjau siapa yang sebenarnya menaja seseorang dalam membuat propaganda tentunya kita tidak akan lari dari melihat dari sudut pandang jejak kewangan. Siapa yang akan mendapat laba. Siapa yang akan beroleh keberuntungan. Siapa yang mendapat banyak manfaat diatas sesuatu usaha.

Oleh yang demikian kita jangan lah terperangkap dengan mainan kononnya orang ini membiayai jentera ini, orang itu membiayai jentera ini. Kita kena melihat dari sudut yang lebih luas. Memang sekali imbas kita lihat bahawa El Haraki dan TUC ini adalah mainan pihak tertentu dari PAS. Memang ada beberapa pertuduhan yang mengaitkan El Haraki dan TUC ini dengan Tuan Ibrahim Tuan Man. Saya tidak mengatakan bahawa Tuan Ibrahim Tuan Man adalah sekadar berlakon kononnya tidak setuju dengan tindakan El Haraki dan TUC ini. Kita semua sedia maklum bahawa kedua-dua jentera maya ini sebenarnya ada kaitan dengan Tuan Ibrahim Tuan Man sama ada secara langsung mahupun tidak.

Kita tahu kedua-dua jentera maya ini ditugaskan untuk menjatuhkan pihak tertentu dan menaikkan pihak tertentu. Malah kita tahu memang ada beberapa orang pimpinan dalam PAS sebenarnya cukup kenal dan tahu semua tindakan yang dibuat oleh El Haraki dan TUC. Malah kita tahu kedua-dua jentera maya ini mendapat sokongan sepenuhnya dari beberapa pimpinan dalam PAS.

Bagaimana mereka menyisihkan beberapa orang pimpinan yang selama ini benar-benar buat kerja dalam PAS dan digantikan dengan pimpinan yang baru yang langsung tidak ada kemampuan membuat kerja malah mereka lebih utamakan kerja ceramah yang memberikan pulangan daripada membuat kerja untuk parti.

Kita tahu bagaimana beberapa agen UMNO telah berjaya menyusup dalam PAS sejak beberapa lama dulu. Malah ada yang diangkat menjadi pimpinan Kawasan mahupun Negeri. Ada beberapa pimpinan dalam PAS langsung tidak tahu bahawa mereka sendiri dipergunakan oleh UMNO melalui beberapa agen ini. Yang mereka ingat semua tindakan yang mereka buat berdasarkan pandangan dalam inner circle mereka adalah semata-mata datangnya dari akar umbi PAS, walhalnya mereka sudah dimainkan oleh agen UMNO.

Malah mereka tidak tahu bahawa mereka dipergunakan oleh UMNO sejak dari zaman Mahathir Mohamed sebagai Presiden UMNO. Amatlah kasihan kepada mereka ini yang terlalu naif. Saluran dana untuk El Haraki dan TUC ini sebenarnya datang dari UMNO melalui beberapa agen yang rapat dengan pimpinan tertentu PAS serta yang rapat dengan Tuan Ibrahim Tuan Man.

Kini kita dapat lihat bagaimana mereka sedang dalam usaha untuk menjatuhkan beberapa pimpinan PAS yang tidak satu kepala dengan mereka. Nasruddin Hassan at-Tantawi nampaknya sedang menjadi mangsa belasahan puak-puak ini. Dan kami tahu siapa dibelakang semua ini.

Dalam episod seterusnya kami akan ceritakan hubungkait Mahathir Mohamed dalam percaturan politik PAS. Tunggu.

Sunday 14 February 2016

PANAS : Siapa Sponsor El Haraki dan TUC? (Episod 1)

Sekali pandang kita digambarkan bahawa El Haraki dan TUC adalah pemuka yang taksub PAS. Sekali pandang kita digambarkan bahawa El Haraki dan TUC adalah ahli PAS yang pro Hadi Awang. Sekali pandang kita digambarkan bahawa El Haraki dan TUC menulis atas sebab ingin memberikan pencerahan. Sekali pandang kita digambarkan bahawa El Haraki dan TUC tidak dibiayai oleh pihak-pihak berkepentingan.

Tapi anda jangan silap...

Artikel ini saya tulis bukan hanya menyorot kepada El Haraki dan TUC semata-mata tetapi saya juga sebenarnya menulis tentang beberapa orang yang namanya saya rasa tak perlulah saya tuliskan disini. Anda, Ya Anda. Anda dalam pemerhatian.

Selepas PAS menubuhkan unit khas yang mempunyai dua keahlian parti dan diarahkan masuk menyelinap dalam UMNO pada sekitar tahun 80'an. PAS mendapat banyak manfaat dari maklumat unit khas ini. Unit khas ini diujudkan dengan mengambil ahli-ahli yang telah disaring sebaiknya dan mempunyai jatidiri yang baik. Cukup lama ianya beroperasi tanpa mendapat perhatian masyarakat dan ahli PAS sendiri. Tiada ahli PAS yang tahu operasi ini melainkan yang berada dalam "inner circle" kepimpinan atasan (yang tertentu sahaja).

Pada hujung 90'an selepas Anwar Ibrahim dianiaya, ramai orang yang ternama masuk menyelinap dalam PAS. Masa ini PAS telah memenangi Kelantan dan membentuk Kerajaan Negeri yang dipimpin oleh Nik Aziz. Antara yang menyelinap masuk PAS dan menonjolkan diri mereka dalam PAS adalah Hassan Ali dan Tuan Ibrahim Tuan Man. Walau pun Tuan Ibrahim Tuan Man sebelumnya dikatakan Ahli PAS, namun dia tidak menonjolkan dirinya atas sebab dia masih lagi menjawat jawatan di ITM.

Pada Pilihanraya tahun 1999, PAS yang mempunyai infrastruktur politik yang agak lengkap telah diarahkan untuk membantu Keadilan (Pra PKR) dalam pilihanraya. Mana ini ada beberapa pihak dalam PAS yang tidak puas hati lalu membentuk satu kumpulan penentang kepada arahan ini. Antara mereka yang terlibat adalah ahli-ahli yang baru menyelinap masuk dalam PAS.

Mereka ini tanpa disedari telah membentuk satu kumpulan yang agak kuat yang berjalan disebalik tabir. Tiada siapa yang menyedari siapa yang memberikan bantuan dana kepada pihak ini. Pihak ini agak cekap untuk menghilangkan "money trail" mereka. Mereka telah membentuk satu kumpulan yang anti kepada Fadhil Noor. Mereka telah berjaya menyakinkan Hadi Awang bahawa mereka berada dibelakangnya dan menyokong setiap tindakan Hadi Awang. Ingat, mereka inilah yang pada satu masa telah berjumpa dengan blogger pro BN untuk satu sesi taklimat.

Salah satu dari agenda team ini adalah membentuk satu unit gerak saraf yang "pro kepimpinan Hadi Awang" yang kini kita kenali sebagai Walaun HardCore. Pembentukan ini pada asalnya konon sebagai team risikan untuk Parti PAS, tetapi telah disalahgunakan oleh pihak-pihak tertentu dalam PAS. Mereka juga mengujudkan anggota hantu yang akan memaparkan maklumat bagi menjatuhkan pimpinan yang bukan dalam team mereka. Malah bila ada kelihatan pimpinan yang tidak kompeten, mereka akan jaja fitnah untuk menjatuhkannya. Mereka menggunakan media sosial dengan pelbagai profil yang identiti meragukan.

Yang lagi melucukan, fitnah yang team ini jaja juga diangkat menjadi modal oleh kumpulan anti Hadi Awang tanpa diselidiki dengan lebih mendalam. Memang agak kelakar. Maaf saya tidak mahu nak tunjuk atau dedahkan fitnah yang mana satu. Anda kajilah sendiri. Kalau anda rajin membaca dalam FB atau Blog anda pasti akan dapat mengenali fitnah yang mana satu.

Opps. saya lari agak jauh meleret dari tajuk Siapa Sponsor El Haraki dan TUC. Maaf ye. Yang itu saya akan jawab dalam artikel selepas ini. Ini kerana artikel ini sudah menjadi terlalu panjang dan membosankan.


4th Force
http://forthforce.blogspot.com

Thursday 4 February 2016

Apakah Mahathir Mohamed Akan Berhenti?

Satu persoalan yang hangat diperkatakan di dalam forum maya ialah apakah dengan jatuhnya Mukhriz Mahathir dari kuasa Menteri Besar di Kedah, maka Mahathir Mohamed akan berhenti dari menyerang kepimpinan Najib Razak.

Dari perbincangan yang rata-rata di dikuasai sepenuhnya oleh pengomen anti BN, didapati bahawa Mahathir Mohamed tidak mungkin akan dengan mudah menyerah kalah. Tidak mungkin Najib Razak boleh menarik nafas lega atas tindakan Mukhriz Mahathir meletakkan jawatannya sebagai Menteri Besar.

Namun apakah strategi yang akan digunakan oleh Mahathir Mohamed masih lagi ianya tidak dapat dibaca. Umum mengetahui bahawa Mahathir Mohamed adalah seorang yang cukup berstrategi dan mendapat sokongan disebalik tabir yang agak besar sebenarnya. Rata-rata yang menyokong Najib Razak kini hanyalah dikalangan pemakan dedak mereka sahaja.

Malah ada beberapa blogger dan facebooker yang selama ini kuat menentang Najib Razak nampaknya telah beralih arah dengan kembali menyokong sekuatnya hanya kerana dedak yang ditaburkan oleh Najib Razak amat mengiurkan. Kita faham dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ini memang ramai blogger dan facebooker yang selama ini sombong bongkak terpaksa akur dengan kehendak alam dimana perut perlu diisi dan dapur perlu berasap.

Tidak dapat dinafikan juga terdapat beberapa blogger dan facebooker pro Mahathir Mohamed yang nampaknya semacam sudah beralih arah, tapi pada pandangan 4th Force ianya hanya sekadar "musuh dalam selimut". Untuk mendapatkan peluru yang cukup bagi Mahathir Mohamed untuk menyerang Najib Razak.

Dalam dunia industri pula nampaknya Sapura Kencana Petroleum sebenarnya sedang "membahan" Petroliam Nasional (Petronas) dalam banyak hal. Kita tengok sejauh mana Petronas yang pro Najib Razak akan bertahan dengan serangan Sapura Kencana yang pro Mahathir Mohamed.

Tunggu dan lihat. Perang belum tamat.

4th Force
http://forthforce.blogspot.com/

Tuesday 26 January 2016

Realiti TPPA (sambungan)

Status Ekonomi :

Sambungan isu TPPA (sila baca artikel asal terlebih dahulu)

Ada satu yang Mustapha Mohamed selindungkan berkenaan dengan TPPA adalah bahawa dalam dokumen yang "telah ditandatangani" tempohari ada satu klausa yang merujuk kepada terma berkenaan dengan kebolehniagaan syarikat asing dalam pemerolehan berkaitan Kerajaan (Awam) tanpa had dan sekatan.

Ini sebenarnya adalah satu perkara yang serius dimana jika satu masa dahulu ada syarikat asing yang ini bertapak di Malaysia mereka perlu memperuntukkan satu kuota saham bagi warga Malaysia. Ini bermaksud tiada syarikat asing yang boleh beroperasi 100% tanpa pegangan saham rakyat tempatan.

Oleh itu secara kiraan mudahnya semua syarikat ini boleh beroperasi di Malaysia tanpa mempedulikan kepentingan tempatan. Dan secara langsung mereka boleh terus menjual produk dan perkhidmatan dengan harga yang lebih murah dan secara tidak langsung menyekat peluang warga tempatan untuk mendapat peluang yang menarik.

Sektor pembuatan kita adalah yang akan menerima kesan yang paling kritikal dimana Industri Elektronik akan mengalami impak kritikal. Ini kerana kebanyakan Industri Elektronik kita hanyalah sekadar "Production" dan bukannya "Technological Design". Ini termasuklah syarikat yang berkaitan dengan Farmaseutikal yang mendapat bahana akibat dari TPPA.

Dalam video TPPA yang sedang diviralkan di merata-rata ada terdapat satu bahagian yang mengatakan kurangnya cukai impot akan dikenakan dan ini secara tidak langsung akan menyebabkan kantung perbendaharaan negara akan menjadi susut dan akhirnya akan ditampung oleh GST yang jelas menekan rakyat tanpa mengira status ekonomi mereka.

Setakat ini dahulu pandangan saya berkaitan TPPA. InsyaAllah dari masa ke semasa saya akan huraikan lebih lanjut.

Meor Yeop Meor Muhammad
http://forthforce.blogspot.com/

Sunday 24 January 2016

Realiti TPPA

Status Ekonomi :

Saja nak sembang bab TPPA.

Untuk pengetahuan semua, saya "berniaga" dalam bidang teknologi maklumat. Tender awam dan swasta semua saya akan sertai jika kena pada syarat dan terma.

Jika sebelumnya bila ada satu tender awam (Kerajaan), maka biasanya ianya akan dibuka kepada syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan (ikut kelas yang ditetapkan) dan juga berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor serta berstatus bumiputera. Katakanlah dalam tender tersebut pemerolehan pekakasan adalah produk IBM (sebagai contoh), maka saya akan masuk tender tersebut pada harga yang saya dapat (mengikut deal saya dengan IBM selaku "authorized partner") dan pihak IBM tidak akan masuk bersaing dengan saya kerana IBM tidak layak dan tidak boleh masuk tender.

Tapi bila perlaksanaan TPPA dimulakan, jika ada tender sebegini syarikat saya akan masuk pada harga (yang dipersetujui dengan IBM) dan syarikat IBM sendiri juga boleh masuk tender tersebut dengan harga yang pastinya akan bersaing dengan saya (pastinya harga IBM sendiri akan lebih murah berganda).

Dan ini sebenarnya akan membunuh banyak syarikat berkaitan teknologi maklumat di Malaysia di dalam diam. Betul saya setuju ada juga kebaikan pada perlaksanaan TPPA, tapi yang pastinya banyak syarikat berstatus Bumiputera yang mungkin akan terpaksa mengecilkan operasi malah mungkin juga akan ditutup.

Perkara ini juga akan berlaku kepada PharmaNiaga dimana PharmaNiaga tidak lagi boleh membuat/memproses "generic drug" yang harganya adalah rendah.

*** Kepada rakan-rakan disebelah sana yang Pro-TPPA, saya sekadar nak bagitau anda semua yang saya dah baca dokumen terma TPPA lebih awal sebelum ianya diterbitkan dan berikan kepada anda untuk pemahaman anda. Dimana dan bagaimana saya baca dokumen itu (seawal pertengahan 2014) tak payahlah anda persoalkan.

Tunggu dan lihat sahaja bagaimana TPPA akan memberikan kesan kepada anda, syarikat atau organisasi anda bekerja dan juga bank dimana anda menyimpan wang. Tak lama pun lagi. Lagipun perjanjian ini telah pun ditandatangani dan dimuktamatkan (walaupun mereka memberitahu ianya belum ditandatangani dan dimuktamadkan)

**** Kepada sesiapa yang kenal saya (dalam ertikata sebenar) mereka tahu bahawa saya tidak "bluff" dalam perkara ini.

Meor Yeop Meor Muhammad
http://forthforce.blogspot.com/

Monday 4 January 2016

PRU14 Sudah Semakin Dekat.

Ramai yang yakin bahawa PRU14 sudah semakin dekat. Berapa dekat? 6 bulan? Setahun? Dua tahun?

Tidak kisahlah walau berapa dekat PRU14. Apa yang menjadi persoalan yang paling utama adalah apa tindakan yang sedang dan akan diambil bagi memastikan PRU14 menjadi medan kubur bagi Barisan Nasional?

Setakat ini tiada yang konkrit yang boleh dilihat pada Pakatan Harapan. Betul ramai rakyat amat berharap agar Pakatan Harapan mampu untuk merealisasikan impian untuk melihat Barisan Nasional tumbang dan membolehkan satu reformasi kepada sistem pentadbiran Malaysia. Tapi jika setakat impian dan harapan tanpa ada usaha-usaha jitu tidak akan menjadi juga.

AMANAH terutamanya perlu memberikan kata dua kepada PKR sama ada benar-benar komited untuk berjuang menentang Barisan Nasional atau sekadar suka-suka sahaja bersama PAS yang nampaknya tidak berhasrat untuk menumbangkan Barisan Nasional.

PKR perlu membuat keputusan tepat dan pantas. Tindakan PKR yang tidak konsisten dalam isu PAS amat memualkan. Oleh itu jika Barisan Nasional mahu ditumpaskan maka sewajarnya PKR komited dengan hala tuju Pakatan Harapan dan menutup terus idea Pakatan Rakyat yang telah berkubur akibat dari kerakusan PAS dalam membuat keputusan.

Jangan tunggu disaat akhir.

Meor Yeop Meor Muhammad
Koordinator 4th Force
http://forthforce.blogspot.com/

Sunday 3 January 2016

AMANAH Dalam Bahaya?

Satu perkara yang ramai orang tidak sedar adalah ujudnya agen-agen yang berupa pengkagum Mahathir Mohamed yang telah dapat menyeludupkan diri mereka kedalam AMANAH. Mereka ini pada masa ini sedang membina kredibiliti didalam organisasi AMANAH sama ada secara "direct" mahupun "indirect".

Kami di 4th Force sejak dari awal lagi amat kritikal perkara ini. Kami sedar lambat laun anasir ini jugalah yang akan menjahanamkan AMANAH sama ada melalui kepercayaan rakyat mahupun ahli-ahli.

Apa yang kami lihat kini anasir-anasir pengkagum Mahathir Mohamed ini nampaknya semakin hari semakin dekat dengan pimpinan utama AMANAH. Adalah menjadi satu perkara yang agak berbahaya kepada AMANAH jika anasir ini tidak dibenteras sejak awal.

Kepada pimpinan AMANAH, jangan sampai AMANAH diperdayakan atau didajalkan oleh para pengkagum Mahathir Mohamed ini yang menyamar sebagai penyokong dan pendokong AMANAH. Sila lihat keliling anda.

Sekadar nasihat

Meor Yeop Meor Muhammad
4th Force
http://forthforce.blogspot.com/

Sempatkah AMANAH Bertapak Dalam Hati Para Pengundi?

Kami di 4th Force ada ditanya soalan ini.

Sempatkah AMANAH bertapak dalam hati para pengundi?

Pada kami ianya satu persoalan yang agak rumit untuk dijelaskan. Bukanlah tujuan kami di 4th Force ini untuk memberikan satu persepsi buruk kepada AMANAH atau menjadikan AMANAH satu bahan lelucon tetapi apa yang kami cuba lakukan adalah untuk memberikan satu sudut pandang yang lain kepada AMANAH.

Daripada pengamatan kami di 4th Force, kami dapat lihat bahawa AMANAH masih lagi terkongkong dalam ruang lingkup yang terhad dimana AMANAH memperlihatkan diri mereka sekadar satu alternatif kepada PAS.

Ini sepatutnya tidak lagi berlaku. AMANAH bukanlah saingan atau gantian kepada PAS. AMANAH sepatutnya menjadi lebih besar dari itu. AMANAH sepatutnya tidak lagi mencampuri urusan luar atau dalam PAS. Tinggalkan PAS dan persepsi yang memperlihatkan AMANAH itu adalah parti serpihan PAS.

Para pengundi rata-rata terkeliru dan serba salah sama ada untuk memilih AMANAH atau PAS. Ini sudah sepatutnya tidak lagi berlaku. PAS sekarang ini hanyalah parti picisan sahaja. Tidak releven dalam konteks Malaysia. PAS hanya layak untuk kawasan majoriti Melayu semata-mata. Itupun belum tentu PAS boleh melangkah jauh pada PRU14 dengan sendirinya tanpa bantuan parti yang lain.

AMANAH patut menjadi lebih besar. Ini kerana AMANAH disertai oleh pelbagai lapisan masyarakat.

Tapi kalau pimpinan AMANAH masih lagi tidak mahu berubah, kami di 4th Force hanya mampu mengucapkan sayonara pada PRU14. Para pengundi bukannya bodoh. Para pengundi bukannya pentaksub. Para pengundi PRU14 akan memilih calon atau parti yang boleh memberikan manfaat kepada mereka.

Meor Yeop Meor Muhammad
4th Force
http://forthforce.blogspot.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...