PERINGATAN :

Komen TanpaNama (Anonymous) tidak dibenarkan. Sila letak nama samaran anda.


Sunday 11 October 2015

Realiti Dalam Berpolitik

Kami di 4th Force memandang penting perkara berkaitan realiti didalam berpolitik. Ini adalah sesuatu yang pasti. Untuk menjadi sebuah kuasa politik yang dominan lagi kuat, semua para pemain politik yang terlibat perlulah melihat sesuatu perkara secara realistik dan dari sudut pandang yang berbeza,

Pada era ini, seseorang ahli politik bertaraf pemimpin tidak boleh melihat dan berperasangka bahawa merekalah yang lebih tahu berbanding orang lain (ahli bawahan). Malah setiap orang ada peranan mereka sendiri dalam menjadikan percaturan politik lebih terancang dan teratur serta berdaya maju.

Teknik-teknik lama seperti membuat ceramah dan rapat umum walaupun masih relevan pada masa ini namun ianya tidak memberikan momentum yang cukup baik sehingga boleh merubah apa yang akan berlaku diatas kertas undi. Satu masa dahulu ianya memang menjadi satu pemangkin bilamana ceramah dan rapat umum mendapat sambutan yang begitu menggalakkan dan akhirnya ianya diterjemahkan diatas kertas undi.

Namun kini ianya tidak lagi selalunya menjadi seperti itu. Kita dapat lihat bahawa mereka-mereka yang hadir didalam mana-mana siri ceramah atau rapat umum itu biasanya adalah orang yang sama walau dimana pun dibuat siri ceramah atau rapat umum tersebut. Ini sebenarnya adalah satu masalah kerana pimpinan biasanya tidak akan kenal siapa yang hadir dalam sesi ceramah atau rapat umum. Pimpinan hanya mengandaikan semua yang hadir pada sesi ceramah atau rapat umum itu besar kemungkinan akan memberikan sokongan kepada mereka dalam pilihanraya.

Penterjemahan ramainya orang yang hadir dalam satu-satu ceramah atau rapat umum sudah menjadi agak terkeliru dan ianya memberikan satu gambaran yang salah.

Pemain politik masa kini perlulah mencari idea lain yang lebih mendekatkan politik mereka dengan rakyat selaku penyokong dan pengundi. Kerja-kerja turun padang bersama dengan rakyat untuk menyelami denyut nadi masyarakat marhaen perlulah lebih kerap dibuat. Pada masa yang sama suara rakyat akar umbi perlu didengari dan diangkat menjadi satu agenda yang utama bagi para pemain politik ini.

Politik yang matang tanpa label melabel, tanpa maki hamun, tanpa tuduh menuduh dan tanpa menggunakan siku dan lutut amatlah dialu-alukan. Jangan sampai rakyat memandang pemain politik seumpama binatang buas yang tidak berakal dan tidak berakhlak. Rakyat marhaen kini sudah matang maka sepatutnya pemain politik juga ikut matang.

Sekian buat masa ini dari kami di 4th Force.

1 comment:

  1. Betul tu, teknik kempen harus dipelbagaikan.

    Kalu nak nilai sokongan ikut hafirin ceramah mmg tak realistik. Sbb jenis taik ceramah, drive keta 100km pun sanggup pi. PH perlu cipta mekanisme baru utk ukur sokongan.

    Bab ceramah dan rapat umum teruskn jg seperti biasa sbb ia medan penting utk perkenalkn pimpinan2 muda dan baru dlm sesuatu kawasan. Disamping tu, laksanakan mekanisme baru. Contohi DAP, masa pru13 bendera sikit je, tp menang besar di penang.

    - mat safian (tepatjam10.blogspot.my)

    ReplyDelete

Kepada yang nak memberikan komen, sila patuhi syarat-syarat ini.

1. Sila guna bahasa yang berakhlak. Caci maki hamun tidak dibenarkan.
2. Sila guna nama sendiri atau nama samaran. Komen tanpa nama (anonymous) tidak akan dibenarkan.
3. Fakta kena jelas. Auta kena pulas.
4. Anda dipertanggungjawabkan atas komen anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...