PERINGATAN :

Komen TanpaNama (Anonymous) tidak dibenarkan. Sila letak nama samaran anda.


Monday 5 October 2015

Pelan Perancangan Pengambilalihan Pentadbiran Malaysia

Tuan-Tuan dan Puan-Puan semua.

Satu perkara yang rata-rata rakyat marhaen ingin ketahui ialah apakah pelan perancangan pengambilalihan pentadbiran Malaysia oleh Pakatan Harapan. Dahulu semasa Pakatan Rakyat digerakkan, rakyat marhaen juga tidak tahu pelan perancangan pengambilalihan pentadbiran Malaysia walaupun Buku Jingga ada diterbitkan.

Ini kerana siri penerangan dan gerakkerja kearah memberikan pengetahuan kepada rakyat seakan tersangkut disana sini.

Setelah tertubuhnya Pakatan Harapan, rakyat perlu tahu apakah strategi yang akan dibuat oleh Pakatan Harapan jika mereka diberikan peluang untuk mentadbir Malaysia diperingkat Parlimen. Adakah Pakatan Harapan akan mentadbir Malaysia mengikut acuan sedia ada ataupun akan membuat satu rombakan yang akan menguntungkan rakyat.

Untuk menang dan menguasai peratusan undi pada PRU14, Pakatan Harapan bukan sahaja perlu untuk mempamerkan satu manifesto yang cukup cantik pada cetakan tetapi juga cantik kepada penzahiran. Malah pembentukan Kabinet Bayang pada kadar segera juga perlu diambilkira bagi menunjukkan kepada rakyat bahawa mereka bersedia untuk mengambil alih pentadbiran Malaysia.

Rakyat perlukan hasil dan bukannya retorik. Sudah cukup lama rakyat Malaysia menjadi mangsa. Sudah hampir 60 tahun. Ianya bukan satu masa yang singkat. Kami mahukan perubahan dengan untuk masa depan Malaysia yang lebih cemerlang, makmur dan berdaya saing.

Meor Yeop Meor Muhammad
4th Force
http://forthforce.blogspot.com/

1 comment:

  1. Salam Meor

    Wey! Takkan Pakatan Harapan nak mendetailkan apa strategy-nya kepada public? Cukup dengan manifesto, sudahlah. Manifesto itu adalah sebuah janji. Walaupun ia janji politik, ia tetap mengikat, secara psikologinya.

    Amanah telah meletakkan Visi, Misi dan goal ke dalam strukturnya.

    Yang lain-lain tu tunggu ia menanglah.

    Setakat ini contoh terbaik: Pulau Pinang.

    ReplyDelete

Kepada yang nak memberikan komen, sila patuhi syarat-syarat ini.

1. Sila guna bahasa yang berakhlak. Caci maki hamun tidak dibenarkan.
2. Sila guna nama sendiri atau nama samaran. Komen tanpa nama (anonymous) tidak akan dibenarkan.
3. Fakta kena jelas. Auta kena pulas.
4. Anda dipertanggungjawabkan atas komen anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...