PERINGATAN :

Komen TanpaNama (Anonymous) tidak dibenarkan. Sila letak nama samaran anda.


Wednesday 7 October 2015

Ling Liong Sik Disaman Tetapi Tidak Mahathir Mohamed

Tuan-Tuan dan Puan-Puan semua,

Anda semua pastinya pernah membaca hasil penulisan saya sebelum ini yang bertajuk "Rahsia Serangan Mahathir Mohamed Terbongkar". Bagi yang belum berpeluang membacanya, anda boleh merujuk kembali di SINI.

Saya tahu ada ramai pembaca yang menyangkal maklumat yang saya dedahkan ini. Betul jika kita melihat sesuatu perkara hanya dari sudut luaran sahaja. Itulah yang sebenarnya para pelaku ini mahukan. Mereka mahukan kita semua dapat satu sudut gambaran sahaja seperti mana yang mereka kehendaki.

Tapi tidak dengan saya. Saya melihat sesuatu isu itu dari sudut pandang yang berbagai-bagai. Saya juga mendapat maklumat bukan hanya dari emel atau panggilan telefon, tapi dari pelbagai sumber yang saya tidak boleh nyatakan disini bagi menjamin keselamatan semua sumber saya.

Jadi jika kita merujuk kepada kes saman yang telah dibuat oleh Najib Razak kepada Ling Liong Sik melalui Messr Hafarizam Wan & Aisha Mubarak, pastinya kita akan dapat melihat polanya. Persoalan yang perlu ditanya pada masa ini adalah kenapa Ling Liong Sik disaman tetapi tidak Mahathir Mohamed.

Walhal cukup banyak serangan, kritikan dan komentar dari Mahathir Mohamed yang telah dilontarkan berkaitan dengan isu yang sama. Malah Mahathir Mohamed telah beberapa kali mencadangkan dan meminta supaya Najib Razak meletakkan jawatan dan berundur dari kerusi Perdana Menteri.  Kenapa Mahathir Mohamed tidak disaman oleh Najib Razak?

Anda lihat dan kaji perkara ini dan pastinya anda akan dapat jawatan yang akhirnya merujuk juga kepada artikel saya sebelum ini yang bertajuk "Rahsia Serangan Mahathir Mohamed Terbongkar".

Meor Yeop Meor Muhammad
4th Force
http://forthforce.blogspot.com









No comments:

Post a Comment

Kepada yang nak memberikan komen, sila patuhi syarat-syarat ini.

1. Sila guna bahasa yang berakhlak. Caci maki hamun tidak dibenarkan.
2. Sila guna nama sendiri atau nama samaran. Komen tanpa nama (anonymous) tidak akan dibenarkan.
3. Fakta kena jelas. Auta kena pulas.
4. Anda dipertanggungjawabkan atas komen anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...