PERINGATAN :

Komen TanpaNama (Anonymous) tidak dibenarkan. Sila letak nama samaran anda.


Sunday 18 October 2015

Kemelut YIK Menonjolkan Sisi Sebenar Pentadbiran PAS

Ramai sedia maklum bahawa Husam Musa ada membuat beberapa teguran berkenaan isu ketidakkemampuan Yayasan Islam Kelantan (YIK) menyelesaikan beberapa tunggakan kepada beberapa agensi persekutuan dan bank akibat dari masalah kewangan yang meruncing.

Tidak dapat tidak masalah yang membelenggu YIK ini sebenarnya mencerminkan bagaimana PAS selaku Parti yang menunjangi Kerajaan Negeri Kelantan menguruskan dan mentadbir negeri. Pentadbiran dan pengurusan kewangan yang cacamarba telah membusukkan nama baik PAS itu sendiri. Kita faham mungkin ada yang tidak cekap dalam pentadbiran tetapi dengan mengekalkan kakitangan yang tidak cekap ini semata-mata kerana mereka adalah ahli parti adalah tidak rasional.

Jika sekiranya pimpinan yang gagal dalam mentadbir dan mengurus dibiarkan kekal dijawatan itu atas alasan mereka adalah pimpinan parti, ianya secara tidak langsung mencerminkan sikap pilih bulu dalam pentadbiran. Ini bukanlah gaya kepimpinan yang harus ditonjolkan oleh pihak yang membawa slogan "Membangun Bersama Islam".

Apa pun pandangan masyarakat umum nampaknya sudah tidak menyebelahi PAS dewasa ini atas beberapa kepincangan yang berlaku. 5 penggal pemerintahan adalah satu jangkamasa yang cukup lama dan sepatutnya semua permasalahan pentadbiran sudah dapat diselesaikan. Rakyat berhak untuk mendapat pentadbir yang lebih efisien dan cekap.




No comments:

Post a Comment

Kepada yang nak memberikan komen, sila patuhi syarat-syarat ini.

1. Sila guna bahasa yang berakhlak. Caci maki hamun tidak dibenarkan.
2. Sila guna nama sendiri atau nama samaran. Komen tanpa nama (anonymous) tidak akan dibenarkan.
3. Fakta kena jelas. Auta kena pulas.
4. Anda dipertanggungjawabkan atas komen anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...