PERINGATAN :

Komen TanpaNama (Anonymous) tidak dibenarkan. Sila letak nama samaran anda.


Saturday 10 October 2015

Jangan Pandang Remeh

Kami di 4th Force menasihatkan semua pihak termasuk kami sendiri supaya tidak memandang remeh akan gerak kerja kumpulan Blogger dan Facebooker BN dibawah pimpinan Johari Ishak yang telah bertemu dengan Perdana Menteri Malaysia (Najib Razak) semalam.

Ini kerana kami tahu dengan segala macam sumber yang ada dan disediakan kepada mereka, sudah pastinya mereka akan membuat serangan besar-besaran bagi menangkis dan memberikan persepsi baru terhadap isu-isu berkaitan dengan TPPA dan 1MDB. Ini terbukti apabila hari ini semua ahli cybertrooper yang terlibat telah bertungkus lumus mengemaskinikan status sama ada di Facebook mahupun di Blog.

Jadi kepada Pakatan Harapan dan semua yang lain, anda sepatutnya bersedia dengan segala fakta yang tepat lagi terkini kerana jika tidak maka sudah pastilah anda akan diketawakan dan dianggap sebagai picisan dalam peperangan siber ini.

4th Force sebagai satu media yang menyalurkan maklumat dan sumber informatif sahih lagi tepat tetap akan memantau keadaan peperangan siber ini demi untuk kepentingan warganegara Malaysia bertepatan dengan moto kami iaitu "Selamatkan Malaysia @ Save Malaysia"

No comments:

Post a Comment

Kepada yang nak memberikan komen, sila patuhi syarat-syarat ini.

1. Sila guna bahasa yang berakhlak. Caci maki hamun tidak dibenarkan.
2. Sila guna nama sendiri atau nama samaran. Komen tanpa nama (anonymous) tidak akan dibenarkan.
3. Fakta kena jelas. Auta kena pulas.
4. Anda dipertanggungjawabkan atas komen anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...