PERINGATAN :

Komen TanpaNama (Anonymous) tidak dibenarkan. Sila letak nama samaran anda.


Saturday 10 October 2015

Creative Chaos

'Assalamualaikum dan Salam sejahtera',

Saya amat kecewa melihat bilamana orang yang cerdik-cerdik dalam parti-parti pembangkang tidak menunjukkan kecerdikan dan kewarasan mereka bila berhadapan dengan soal survival parti bersama yang akan berhadapan dengan musuh mereka ia itu BN.

Musuh berjaya melakukan 'Creative Chaos' (Kacau bilau yang kreatif) terhadap parti-parti dalam Pakatan Rakyat. Saya pinjam istillah creative chaos ini dari seorang Ustaz dalam ceramahnya baru-baru ini.

Beliau memberi contoh kuasa2 barat mewujudkan creative chaos di negara2 Timur Tengah supaya negara-negara di Timur Tengah sentiasa berselisih faham dan tidak bersatu padu.

Inilah yang berlaku di dalam PR. (PR yang lama dan PH yang baru). Kita diajak berselisih faham dan berpecah belah sehingga kita menganggap sesama kita musuh.

Walhal kita semua faham BN seolah-olah sudah sampai ke hujung tempoh, tidak berupaya, lemah, dipenuhi pelbagai krisis dan lain-lain dan berkemunkinan akan kalah didalam pilihan raya yang akan datang.

Sepatutnya semua pemimpin dalam PR/PH boleh melihat dengan jelas bahawa untuk PR/PH mengambil tampok pimpinan negara sudah sangat hampir. Mengapakah peluang keemasan ini seolah2 dipersia-siakan?

BN sudah banyak melakukan kerosakan demi kerosakan dalam pelbagai bidang di negara ini. Tak payahlah saya ulangi satu persatu semua kerosakan itu kerana semua itu ada di dalam fikiran kita.

Mengapa kita biarkan diri kita di perkotak katikkan oleh mereka. Sekarang ini kawan kita ingat lawan, lawan kita ingat kawan. Apa sudah jadi pada diri kita? Di manakah kewarasan kita? Apakah kita mahu berterusan menjadi parti pembangkang di Dewan Rakyat sampai bila-bila?

Rakyat jadi pening dan bingung melihat telatah kita yang kadang kala berperangai seperti kanak-kanak, kurang matang dan sangat emosional.

Musuh sangat bijak menggunakan isu yang dengan cepat memecah belah kita. Tak ubah seperti di negara-negara Timur Tengah, musuh cipta Grand Design 'Creative Chaos' yang menyebabkan berlaku pergeseran dan persengketaan sesama negara-negara Arab.

Allah swt memberi kita akal yang waras membetulkan dimana yang silap, bermaaf-maafan, balik ke pangkal jalan, berlapang dada dan sebagainya.

Saya menyertai parti pembangkang kerana saya melihat kita ada ramai pemimpin-pemimpin lelaki dan wanita yang jauh lebih baik dari yang ada di BN pada waktu ini.

Kita harus sanggup membetulkan semua kepincangan yang ada sekarang.

Saya merayu kepada semua pihak di dalam PR/PH supaya mengenang kembali hasrat dan cita-cita murni yang kita buat pada suatu ketika dahulu. Kita telah berjanji untuk memulihkan semula keadaan kepincangan besar yang di hadapi negara.

Semoga rayuan saya ini mendapat tempat di hati tuan-tuan dan puan-puan.

Terima kasih.

Yang ikhlas,

Tan Sri Muhammad Muhammad Taib

9 Oct 2015.

No comments:

Post a Comment

Kepada yang nak memberikan komen, sila patuhi syarat-syarat ini.

1. Sila guna bahasa yang berakhlak. Caci maki hamun tidak dibenarkan.
2. Sila guna nama sendiri atau nama samaran. Komen tanpa nama (anonymous) tidak akan dibenarkan.
3. Fakta kena jelas. Auta kena pulas.
4. Anda dipertanggungjawabkan atas komen anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...