PERINGATAN :

Komen TanpaNama (Anonymous) tidak dibenarkan. Sila letak nama samaran anda.


Friday 2 October 2015

Bila Hadi Awang Nak Dedahkan Fail?

Tuan-Tuan dan Puan-Puan semua.

Dulu semasa pentadbiran Kerajaan Negeri Terengganu telah bertukar tangan daripada BN kepada PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Bin Awang ada membuat satu sidang akhbar yang memberitahu bahawa dia telah pun memiliki banyak fail-fail penyelewengan Kerajaan BN yang pernah diterajui oleh Tan Sri Wan Mokhtar Bin Ahmad.

Tuan Guru Haji Abdul Hadi Bin Awang telah bertegas mengatakan bahawa beliau akan mendedahkan semua penyelewengan tersebut dengan memberikan semua media akses kepada fail yang katanya telah dimilikinya.

Kini setelah hampir 3 penggal, tiada satu fail pun yang telah didedahkan.

Persoalannya disini. Adakah Tuan Guru Haji Abdul Hadi Bin Awang ini telah menipu dan membohongi media sekaligus rakyat Terengganu secara khusus. Jika beliau mengatakan tidak menipu, jadi bilakah beliau hendak mendedahkannya. Bukankah menipu itu amalan syaitan? Bolehkah seorang yang dikatakan Tuan Guru @ Ulama menipu?

Cukuplah Saudara Ezam Bin Mohd Noor sahaja yang menipu rakyat Malaysia dalam isu berkotak-kotak fail penyelewengan. Lagipun Saudara Ezam Bin Mohd Noor bukanlah berstatus Ulama atau Tuan Guru.

1 comment:

  1. Salam Yeop

    Fail apa Yeop? Fail kat pejabat qadi adala - 2.

    ReplyDelete

Kepada yang nak memberikan komen, sila patuhi syarat-syarat ini.

1. Sila guna bahasa yang berakhlak. Caci maki hamun tidak dibenarkan.
2. Sila guna nama sendiri atau nama samaran. Komen tanpa nama (anonymous) tidak akan dibenarkan.
3. Fakta kena jelas. Auta kena pulas.
4. Anda dipertanggungjawabkan atas komen anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...