PERINGATAN :

Komen TanpaNama (Anonymous) tidak dibenarkan. Sila letak nama samaran anda.


Friday 16 October 2015

Apakah Ada Sinar Harapan Buat PAS?

Menjelang Perhimpunan Fastaqim 60K yang dijadualkan pada esok hari, satu persoalan yang timbul adalah apakah ada sinar harapan buat PAS menjelang PRU14? Walaupun ada pimpinan PAS yang beranggapan PAS tidak memerlukan kemenangan pada PRU14 melainkan hanya redha Allah Taala semata-mata, namun majoriti penyokong dan pengundi yang pro PAS sememangnya mengharapkan adanya kemenangan pada mana-mana kerusi DUN atau Parlimen yang ditandingi oleh PAS.

Bertitik tolak dari apa yang berlaku dewasa ini didalam PAS itu sendiri, apa yang kita nampak semacam ada berlaku perpecahan dalaman secara diam didalam PAS walaupun pihak yang tidak berpuashati dengan kepimpinan Hadi Awang telah pun keluar meninggalkan PAS. Percaya atau tidak walaupun ada pimpinan utama dalam PAS yang beranggapan kemenangan dalam Pilihanraya itu tidak penting namun jauh disudut hati mereka ini sebenarnya amat mengharapkan kemenangan.

Elaun dan jawatan sememangnya menjadi misi utama pimpinan ini walaupun dimulut mereka berbuih mengatakan bahawa mereka tidak mengharapkan kemenangan. Apa pun tindakan dan reaksi mereka, ianya adalah hak mereka.

Yang pasti dalam keadaan sekarang ini, rata-rata rakyat Malaysia dan para pengundi yang berada diatas pagar (sekitar 70%) berkemungkinan tidak akan mengundi PAS pada PRU14 atas sebab-sebab yang semua sedia maklum. Tindakan PAS bekerjasama dengan PERKASA juga telah menyebabkan sokongan dari kaum lain menurun walaupun PAS mempunyai Dewan Himpunan Penyokong PAS yang terdiri dari berbilang bangsa.

PAS dilihat telah memencilkan diri mereka dari arus perdana dengan berkerjasama dengan PERKASA dan secara tidak langsung memperlihatkan PAS kini sudah menjadi satu parti politik yang rasis. Percaturan yang PAS buat sememangnya memberikan masalah kepada mereka dalam jangkamasa panjang.

Semoga PAS istiqamah menuju kemenangan.

1 comment:

  1. Semuatu negatif dan lahir dari penyokong PH. Pas tetap kuat, lepas pru14 nanti kami akan bergabng dgn UMNO dan Presideng kami akan dilantik TPM. Mereka (PH) dengki dgn kami.

    ReplyDelete

Kepada yang nak memberikan komen, sila patuhi syarat-syarat ini.

1. Sila guna bahasa yang berakhlak. Caci maki hamun tidak dibenarkan.
2. Sila guna nama sendiri atau nama samaran. Komen tanpa nama (anonymous) tidak akan dibenarkan.
3. Fakta kena jelas. Auta kena pulas.
4. Anda dipertanggungjawabkan atas komen anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...