PERINGATAN :

Komen TanpaNama (Anonymous) tidak dibenarkan. Sila letak nama samaran anda.


Thursday 1 October 2015

Apa Agenda Azmin Ali?

Tuan-Tuan dan Puan-Puan semua.

Apa agenda Azmin Ali apabila tidak menerima pakai saranan dan arahan sidang meja bulat Pakatan Harapan tempohari. Adakah Azmin Ali mengharapkan sokongan sepenuhnya daripada PAS demi untuk mengekalkan status quo sebagai Menteri Besar Selangor Darul Ehsan?


Kita semua sedia maklum yang PAS yang diketuai oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Bin Awang amat tidak bersetuju bekerjasama dengan DAP yang katanya kuat menentang Hudud. Walaupun perkara ini jelas hanyalah sesuatu yang tidak disahkan, tapi Tuan Guru Haji Abdul Hadi Bin Awang tetap berkeras. Walaupun berkali-kali DAP telah berusaha untuk berbincang sebaiknya atas perkara ini, namun tiada tindakan kostruktif dari PAS untuk menjayakan perbincangan tersebut.

Azmin Ali mungkin berfikir bahawa PAS akan kekal membantu dia untuk mengekalkan kuasa sebagai Menteri Besar Selangor, namun kita semua tahu PAS pernah dan tetap akan menamakan wakil mereka sebagai Menteri Besar Selangor. Ini terbukti selepas PRU13 dahulu dan selepas isu Kajang Move.

Jika Azmin Ali berkeras untuk tidak menjalankan dan menerima pakai sarana  dan arahan sidang meja bulat PAKATAN HARAPAN, maka sewajarnya tindakan Azmin Ali ini boleh dipertikaikan malah boleh dirujuk kepada Jawatan Kuasa Tatatertib Parti Keadilan Rakyat (PKR). Ini kerana Azmin Ali adalah ahli parti PKR dan segala tindak tanduknya wajib dan perlu mengikut arahan dan saranan Presiden PKR itu sendiri.

Ahli yang tidak mengikut arahan wajar diambil tindakan tatatertib atau digantung jawatan.

Meor Yeop Meor Muhammad
Jebonesta.Blogspot.Com

No comments:

Post a Comment

Kepada yang nak memberikan komen, sila patuhi syarat-syarat ini.

1. Sila guna bahasa yang berakhlak. Caci maki hamun tidak dibenarkan.
2. Sila guna nama sendiri atau nama samaran. Komen tanpa nama (anonymous) tidak akan dibenarkan.
3. Fakta kena jelas. Auta kena pulas.
4. Anda dipertanggungjawabkan atas komen anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...